Translate

08 April 2013

Mati yang menghidupkan.

Orang yang paling bijak diantara kamu adalah orang yang paling banyak mengingati mati.Tafsiran mudah kita pada hadith diatas adalah dengan mengingati mati kita akan merasa takut dengan azab Allah dan akan persiapkan diri untuk bekalan di hari akhirat. begitulah tafsiran yang selalu dianggap oleh kebanyakan orang. tetapi jika menggali lebih dalam akan makna yang tersirat disebalik hadith tersebut,kita dapat melihat Rasulullah SAW mengingatkan kita merancang masa hadapan dan membuat amal /sumbangan sebanyaknya didunia untuk kita jadikan bekalan dihari akhirat.

Bukankah hanya tiga perkara yang akan mengiringi kita di alam barzakh kelak? Doa anak yang soleh,ilmu yang berguna,sedekah jariah semasa hidupnya.. Kedua-dua hadith ini berhubungkait antara satu sama lain..Oleh itu kita akan mula melihat masa depan,merancang dan merenung nasib kita apa akan berlaku sekiranya kita tidak mempersiapkan diri menghadapi hari pengadilan kelak.kesemua ini berkait rapat bagaimana kita mentadbir diri dan merancang untuk masa hapadan..

Alangkah indahnya islam dan alangkah  istimewanya Rasul junjungan kerana dalam sepotong hadith ini mengandungi cara kita mengurus diri dan seterusnya dilanjutkan pada keluarga dan masyarakat. Diri yang selalu mengingati mati akan terkesan mencari kebaikan yang akan dibawa sesudah mati,tiada masa menyimpan hasrat dendam,dengki khianat,mencari keburukan orang lain kerana setiap saat hidupnya didunia ini digunakan sebaiknya untuk melakukan kebaikan.

Seorang ayah tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya dalam mendidik anak dan isteri mendalami ajaran islam,seorang ibu menjaga amanah (keluarga dan harta) dan aib suaminya kerana kelak dia menjadi asbab masuknya suami kedalam neraka atau syurga.seorang anak menjaga tanggung jawabnya kepada ibu dan bapa.seorang pekerja menjaga amanahnya pada majikannya.seorang pemimpin menjaga amanahnya dalam memimpin orang dibawah pimpinannya.sekiranya masyarakat telah tersusun dan selalu diingatkan untuk merancang bekalan dan hari kemudian,akan terwujud masyarakat yang saling memberi dan menolong  sesama muslim dan manusia..kerana apa? 

Kerana semua manusia sibuk myediakan bekalan masing2 untuk dibawa ke akhirat sana..ada yang memberi sumbangan berupa sedekah,hibah,wakaf dan tak lupa pada perkara wajib seperti zakat dan nafkah..pada yang kurang berkemampuan dari segi harta pula,sibuk menyumbang kudrat memudahkan urusan orang lain.bukankah setiap kebaikan dikira walau sebesar zarah?

Sangat beruntunglah pada ahli ilmu kerana ilmu yang berguna yang disampaikan menjadi asbab kepadanya mulia didunia dan diakhirat.Lihatlah betapa hebatnya kitab ihya ulumuddin karangan imam Ghazali kekal terpakai sehingga ke hari ini.betapa besarnya pahala dan sumbangan beliau semata-mata mahu melihat umat dimasa hadapan tidak lalai dan sesat. Tidakkah semua ini menyumbang situasi menang-menang? Secara tidak langsung ini merupakan dakwah kepada bukan Islam betapa indahya keimanan dalam Islam dan sifat orang Islam yang percaya teguh pada hari akhirat.In sya Allah akan bersambung dalam entry yang akan datang..