Translate

08 April 2013

Mati yang menghidupkan.

Orang yang paling bijak diantara kamu adalah orang yang paling banyak mengingati mati.Tafsiran mudah kita pada hadith diatas adalah dengan mengingati mati kita akan merasa takut dengan azab Allah dan akan persiapkan diri untuk bekalan di hari akhirat. begitulah tafsiran yang selalu dianggap oleh kebanyakan orang. tetapi jika menggali lebih dalam akan makna yang tersirat disebalik hadith tersebut,kita dapat melihat Rasulullah SAW mengingatkan kita merancang masa hadapan dan membuat amal /sumbangan sebanyaknya didunia untuk kita jadikan bekalan dihari akhirat.

Bukankah hanya tiga perkara yang akan mengiringi kita di alam barzakh kelak? Doa anak yang soleh,ilmu yang berguna,sedekah jariah semasa hidupnya.. Kedua-dua hadith ini berhubungkait antara satu sama lain..Oleh itu kita akan mula melihat masa depan,merancang dan merenung nasib kita apa akan berlaku sekiranya kita tidak mempersiapkan diri menghadapi hari pengadilan kelak.kesemua ini berkait rapat bagaimana kita mentadbir diri dan merancang untuk masa hapadan..

Alangkah indahnya islam dan alangkah  istimewanya Rasul junjungan kerana dalam sepotong hadith ini mengandungi cara kita mengurus diri dan seterusnya dilanjutkan pada keluarga dan masyarakat. Diri yang selalu mengingati mati akan terkesan mencari kebaikan yang akan dibawa sesudah mati,tiada masa menyimpan hasrat dendam,dengki khianat,mencari keburukan orang lain kerana setiap saat hidupnya didunia ini digunakan sebaiknya untuk melakukan kebaikan.

Seorang ayah tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya dalam mendidik anak dan isteri mendalami ajaran islam,seorang ibu menjaga amanah (keluarga dan harta) dan aib suaminya kerana kelak dia menjadi asbab masuknya suami kedalam neraka atau syurga.seorang anak menjaga tanggung jawabnya kepada ibu dan bapa.seorang pekerja menjaga amanahnya pada majikannya.seorang pemimpin menjaga amanahnya dalam memimpin orang dibawah pimpinannya.sekiranya masyarakat telah tersusun dan selalu diingatkan untuk merancang bekalan dan hari kemudian,akan terwujud masyarakat yang saling memberi dan menolong  sesama muslim dan manusia..kerana apa? 

Kerana semua manusia sibuk myediakan bekalan masing2 untuk dibawa ke akhirat sana..ada yang memberi sumbangan berupa sedekah,hibah,wakaf dan tak lupa pada perkara wajib seperti zakat dan nafkah..pada yang kurang berkemampuan dari segi harta pula,sibuk menyumbang kudrat memudahkan urusan orang lain.bukankah setiap kebaikan dikira walau sebesar zarah?

Sangat beruntunglah pada ahli ilmu kerana ilmu yang berguna yang disampaikan menjadi asbab kepadanya mulia didunia dan diakhirat.Lihatlah betapa hebatnya kitab ihya ulumuddin karangan imam Ghazali kekal terpakai sehingga ke hari ini.betapa besarnya pahala dan sumbangan beliau semata-mata mahu melihat umat dimasa hadapan tidak lalai dan sesat. Tidakkah semua ini menyumbang situasi menang-menang? Secara tidak langsung ini merupakan dakwah kepada bukan Islam betapa indahya keimanan dalam Islam dan sifat orang Islam yang percaya teguh pada hari akhirat.In sya Allah akan bersambung dalam entry yang akan datang..

24 November 2010

1 November..

Posting ni ditulis agak lewat.Bulan november ni banyak sungguh ujian dari Ilahi yang menimpa diri.Mungkin juga ianya kafarah dosa aku yang lalu..Yang nyata ianya ibrah andai aku mahu berfikir. Sungguh,rasa ianya ujian paling besar penah aku hadapi seumur hidupku ini..tapi ku gagah jua meneruskan kurniaan nyawa dari yang Maha Kuasa..Mengapa harus kita keluhkan kita tidak berkasut,sedangkan ada yang tidak berkaki..Kumasih mensyukuri nikmat NYAWA yang dikurniakan,kerana itu ku masih punya peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri..Syukur,aku sujud padamu ya Rahman..Tidak akan ku siakn masa yang diberi untuk ku cipta gemilang ku sekali lagi! Insyaallah..

05 Oktober 2010

Meraban..

Penat sungguh jadi manusia ni..nak melayan macam-macam pe'el ada.ada yang cakap berdegar-degar,ada yang selamber rock je.Ada yang implimentasinya sungguh sempurna,tapi yang macam tin kosong pun ada juga..aku pun tak la hebat mana..tapi masih ada baiknya..dah bulan oktober rupanya,patut la rasa dah nak habis raya..selamat hari raya buat teman-teman di luar sana..udah macam sajak bunyinya =)

01 September 2010

Imam di kiri kanan..

Sempena Ramadhan Al Mubarak ni rasanya kebanyakan dari kita tak sah kalau tak berbuka dekat luar. Jadi satu hari tu aku pun pergi la berbuka kat sebuah pasaraya.Dekat mana itu tak penting..Aku sampai kat situ dan terus book tempat untuk berbuka,takut habis..Then aku pun mula la cuci mata tengok barang2 kat situ.Nak beli tengah bulan pulak..

Aku pun pegi la surau kat situ untuk solat asar..(here comes the best part) aku pun solat la dengan berimamkan pemuda soleh(amin) ni..aku masbuk je,so lepas tu aku pun sambung sendiri sampai habis..Masa tengah wirid dan doa tu datang seorang ayah dan anak lelakinya yang aku rasa dalam umur 10 tahun solat kat belah kanan aku.Si ayah menjadi imam dan anak makmum..Then datang 1 lagi pasangan  ayah anak yang lebih kurang sama macam yang first tadi solat kat belah kiri aku..Yang mengejutkan,si ayah pun jadi imam dan anak jadi makmum,sedangkan pasangan yang first tadi masih tengah solat..

Aku mula terpikir,sah ke solat macam tu..Hmm,si ayah yang kedua ni tak rasa bersalah ke..Mungkin dia tak tahu hukum tiada dua imam dalam 1 musollah.Niat bawa anak solat tu sangat bagus, dan mungkin si anak tu tak tahu apa2 lagi dalam hukum hakam imam dan solat ni,atleast fikirkan la Allah dan orang yang melihat perlakuannya itu..Apa la yang akan diperturunkan pada si anak kalau kebanyakan kita macam tu..Nak di tegur, umur dah macam life begin at forty..

Sebab tu la ilmu agama ni sangat penting bagi kita semua..Kalau dah si ayah dan ibu kurang pengisian nya,agak2nya generasi apa yang akan kita lahirkan, dan dengan ilmu apa yang akan kita semaikan pada anak2 kita nanti..Pemimpin yang bagaimana akan kita tinggalkan untuk ummah dan negara nanti..Itu mungkin kes terpencil,tapi tak mustahil menjadi trend yang 'normal' jika tak dibendung..Fikir2kan lah..Semoga Allah mengampuni dosa kita yang lalai dan jahil ini..(berbuka apa ye petang ni)

25 Ogos 2010

Kenyut-kenyut limau...

Hidup ni macam kita beli buah limau jugak..tak tau mana yang manis,mana yang masam..ada orang kata dia boleh tau limau tu manis atau tak.alih-alih bila kopek dan kenyut rasa masam jugak.Macam tu jugak dengan kehidupan,berbagai ragam dan kerenah..Ape pun,sejauh mana kita berusaha dan bekerja,sandarkan hasil nya pada yang Satu kerana apa jua yang berlaku dengn izinNya jua..Allah maha adil dan mengasihani..salam blogging!