Translate

01 September 2010

Imam di kiri kanan..

Sempena Ramadhan Al Mubarak ni rasanya kebanyakan dari kita tak sah kalau tak berbuka dekat luar. Jadi satu hari tu aku pun pergi la berbuka kat sebuah pasaraya.Dekat mana itu tak penting..Aku sampai kat situ dan terus book tempat untuk berbuka,takut habis..Then aku pun mula la cuci mata tengok barang2 kat situ.Nak beli tengah bulan pulak..

Aku pun pegi la surau kat situ untuk solat asar..(here comes the best part) aku pun solat la dengan berimamkan pemuda soleh(amin) ni..aku masbuk je,so lepas tu aku pun sambung sendiri sampai habis..Masa tengah wirid dan doa tu datang seorang ayah dan anak lelakinya yang aku rasa dalam umur 10 tahun solat kat belah kanan aku.Si ayah menjadi imam dan anak makmum..Then datang 1 lagi pasangan  ayah anak yang lebih kurang sama macam yang first tadi solat kat belah kiri aku..Yang mengejutkan,si ayah pun jadi imam dan anak jadi makmum,sedangkan pasangan yang first tadi masih tengah solat..

Aku mula terpikir,sah ke solat macam tu..Hmm,si ayah yang kedua ni tak rasa bersalah ke..Mungkin dia tak tahu hukum tiada dua imam dalam 1 musollah.Niat bawa anak solat tu sangat bagus, dan mungkin si anak tu tak tahu apa2 lagi dalam hukum hakam imam dan solat ni,atleast fikirkan la Allah dan orang yang melihat perlakuannya itu..Apa la yang akan diperturunkan pada si anak kalau kebanyakan kita macam tu..Nak di tegur, umur dah macam life begin at forty..

Sebab tu la ilmu agama ni sangat penting bagi kita semua..Kalau dah si ayah dan ibu kurang pengisian nya,agak2nya generasi apa yang akan kita lahirkan, dan dengan ilmu apa yang akan kita semaikan pada anak2 kita nanti..Pemimpin yang bagaimana akan kita tinggalkan untuk ummah dan negara nanti..Itu mungkin kes terpencil,tapi tak mustahil menjadi trend yang 'normal' jika tak dibendung..Fikir2kan lah..Semoga Allah mengampuni dosa kita yang lalai dan jahil ini..(berbuka apa ye petang ni)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan